Friday, 21 August 2015

Makan Dalam...

Hurmmmmmm..mengeluh sebenarnya tak baek..tapi adakalanya itulah yang kita lakukan..bukan kerana suka..tapi kerana tak termampu nak menahannya..

Buat salah..tak buat salah..nak jaga hati yang lain..hati kita tak terjaga..sudahnya..makan dalam..emosi tak stabil..nak beriadah pun payah..apa macam stres tempt kerja mau hilang?? Tak tau la....

Orang cakap..masalah tempat kerja jangan bawa pulang ke rumah..tapi bila di rumah pula..timbul stres lain pula..adoiyaiii...nak meroyan, nanti disangka masalah mental..

Serius..saya tertekan!! 😔

Sunday, 26 July 2015

Tolonglah sedar diri!

Jika sedar akan kekurangan diri tak punya apa2..tak punya itu..tak punya ini.. maka perelokkanlah iman dan akidah..perelokkan perangai..sebab bukan setakat sesama manusia saja yang menilai..tapi yang DI ATAS..DI KIRI DAN KANAN..punnnn menilai jugak kannn..Jangan diikutkan saja hati dan perasaan diri sendiri.. Lagi satu kenapa harus di perelokkan iman dan perangai...kesiankanlah pada orang tua..tak pasal2 kerana perangai yang 'kurang' itu orang tua pun akan kena tempiasnya...

✌✌
#sentap
#muhasabahdiri

Wednesday, 15 July 2015

Sabarlah duhai HATI.......

Siapa sangka, siapa menduga..hidup,ajal maut,rezeki,jodoh..semua itu di tangan Tuhan..segala masalah yang datang melanda harus di tempuhi dengan redha dan pasrah.. siapa yang tak mau punya kehidupan yang baik?..biar tak kaya asal tak punya masalah..siapa yang tak takut pada ajal?..bekalan ilmu agama dan segala yang berkaitan agama belum cukup di dada..siapa yang tak mau rezeki?..rezeki yang baik2 sentiasa menjadi idaman semua orang..dan siapa yang tak mau bertemu jodoh?..tapi jika belum sampai masanya..jangan ditanyakan bila masanya..kerana apa

Kerana itu semua adalah kerjaNYA..Serahkan pada Allah SWT,Mohonlah pada DIA...Yakinlah pada DIA...kerana sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI!! TETAPKAN SAJA HATI DAN IMAN MU KEPADANYA... IN SHA ALLAH...

Peace!!

Tuesday, 16 June 2015

Kenapa perlu EGO??

Kenapa perlu ego??...

Susahkah nak menghormati orang lain??..

Hal ni berlaku minggu lepas. Kalau pada orang lain, mungkin bukan masalah besar dan serius..tapi alangkah bagusnya kalau orang itu TAU MENGHORMATI ORANG LAIN, untuk mengelakkan daripada berlaku pertengkaran dan perbalahan. Saya memilih untuk berdiam dan menjauhkan diri. Macam tu rasanya lebih aman dan selamat

Apa yang dia da buat?

Saya berkawan dengan semua orang. Tak kisah la dia tua ka muda ka cantik ka jelek ka susah ka senang ka jahat ka baik ka dan apa2 la. Saya tak kisah semua tu, asalkan niatnya ikhlas.

Apa yang saya kecewakan bilamana saya menghormati orang lain biarpun orang itu lebih muda daripada saya. Pada fikiran saya, tak salah jika kita saling menghormati. Kita tak rugi apa2 pun. Kesal bila kekurangan saya menjadi persembahan jenaka kepada orang itu yang seolah-olah sangat sempurna.Hairan saya, kenapa cepat sangat mengambil kesempatan terhadap kekurangan orang lain untuk di jadikan bahan hiburan mereka. Sempurnakah orang2 itu?

Hidup kita ni berperingkat, kita semua akan diuji dengan kadar yang berbeza. Saya dengan ujian saya, kamu dengan ujian kamu, mereka dengan ujian mereka. Semuanya tak sama.

Saya pernah terbaca dalam nasihat seorang teman akan pesan Rasulullah SAW "Permudahkan, jangan mempersulit. Nanti orang akan lari dari sekelilingmu"..

Nah, apa kau rasa sekarang?? Oren??

p/s: bila kita saling menghormati kehidupan orang lain, kita tidak akan kerugian apa2 pun, malah kita beruntung. Mungkin saja orang yang kita hormati itu sentiasa ingat kita dalam setiap doanya..

Peace!!

Monday, 15 June 2015

Biggest Communication Problem.. *_*

"THE BIGGEST COMMUNICATION PROBLEM IS WE DO NOT TO LISTEN TO UNDERSTAND....
WE LISTEN TO REPLY..."

Hurmm..well it's true!

Adakalanya masalah sebegini yang menyebabkan pergaduhan kecil bertambah besar sehingga berlarutan jadinya. Terkena lagi pulak dengan orang yang sama2 ego setinggi Gunung Kinabalu.. Fuhh....galak sakan berlawan cakap. Confirm HOT!! Huhu....

Kenapa harus terjadi seperti itu ya? Bila sudah mula bertekak..maka akan terkeluar semua segala macam yang terbuku dalam hati. Segala yang sudah lapuk dan dilupakan pun boleh terungkit kembali, apabila marah dan ego menguasai diri. Tidak akan ada pihak yang mau mengalah. Masing2 memang akan benar, yang pandai berkata2, yang menang dan yang sewaktu dengannya....

Ada orang yang lebih suka diam, ada orang yang lebih suka membalas kata2 yang diucapkan dan ada jugak yang langsung tak ambil peduli apa orang cakap (ada dalam dunia dia sendiri). Huhay....

Tidak ada manusia dalam dunia ini yang sempurna. Tetapi kita semua tetap mempunyai pilihan. Kita boleh pilih untuk mengurangkan kadar kejengkelan dalam hubungan sesama manusia supaya kita dapat meneruskan hidup dalam keadaan harmoni. Kalau tak mau jugak, cuba fikir apa bezanya MANUSIA dan KERA.

Peace!!

Friday, 12 June 2015

Best jadi 'Hakim Free'??

Kenapa ramai sangat yang suka jadi 'Hakim' free ya..kadang naik muak juga bila ada orang yang suka sangat menghakimi orang..seolah-olah mereka tak pernah silap, tak pernah susah, tak pernah ada masalah...

Eh tak faham..bila kita yang buat silap, maka macam-macam hukuman yang kita terima..macam-macam teguran, penghinaan. Ada kalanya maki hamun yang kita terima. Ego la, sombong la, bodoh la..aduh...

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Dan apabila ada 'Hakim'..maka akan ada jugak si polan yang menokok tambah skrip sehingga menjadi sebuah drama yang mantap!! perghh..

Jangan teman, jangan saudara...

Jangan diruntuhkan ukhuwah yang sedia ada dek kerana keseronokkan anda menjadi 'Hakim Free'...

Peace!!