Tuesday, 16 June 2015

Kenapa perlu EGO??

Kenapa perlu ego??...

Susahkah nak menghormati orang lain??..

Hal ni berlaku minggu lepas. Kalau pada orang lain, mungkin bukan masalah besar dan serius..tapi alangkah bagusnya kalau orang itu TAU MENGHORMATI ORANG LAIN, untuk mengelakkan daripada berlaku pertengkaran dan perbalahan. Saya memilih untuk berdiam dan menjauhkan diri. Macam tu rasanya lebih aman dan selamat

Apa yang dia da buat?

Saya berkawan dengan semua orang. Tak kisah la dia tua ka muda ka cantik ka jelek ka susah ka senang ka jahat ka baik ka dan apa2 la. Saya tak kisah semua tu, asalkan niatnya ikhlas.

Apa yang saya kecewakan bilamana saya menghormati orang lain biarpun orang itu lebih muda daripada saya. Pada fikiran saya, tak salah jika kita saling menghormati. Kita tak rugi apa2 pun. Kesal bila kekurangan saya menjadi persembahan jenaka kepada orang itu yang seolah-olah sangat sempurna.Hairan saya, kenapa cepat sangat mengambil kesempatan terhadap kekurangan orang lain untuk di jadikan bahan hiburan mereka. Sempurnakah orang2 itu?

Hidup kita ni berperingkat, kita semua akan diuji dengan kadar yang berbeza. Saya dengan ujian saya, kamu dengan ujian kamu, mereka dengan ujian mereka. Semuanya tak sama.

Saya pernah terbaca dalam nasihat seorang teman akan pesan Rasulullah SAW "Permudahkan, jangan mempersulit. Nanti orang akan lari dari sekelilingmu"..

Nah, apa kau rasa sekarang?? Oren??

p/s: bila kita saling menghormati kehidupan orang lain, kita tidak akan kerugian apa2 pun, malah kita beruntung. Mungkin saja orang yang kita hormati itu sentiasa ingat kita dalam setiap doanya..

Peace!!

Monday, 15 June 2015

Biggest Communication Problem.. *_*

"THE BIGGEST COMMUNICATION PROBLEM IS WE DO NOT TO LISTEN TO UNDERSTAND....
WE LISTEN TO REPLY..."

Hurmm..well it's true!

Adakalanya masalah sebegini yang menyebabkan pergaduhan kecil bertambah besar sehingga berlarutan jadinya. Terkena lagi pulak dengan orang yang sama2 ego setinggi Gunung Kinabalu.. Fuhh....galak sakan berlawan cakap. Confirm HOT!! Huhu....

Kenapa harus terjadi seperti itu ya? Bila sudah mula bertekak..maka akan terkeluar semua segala macam yang terbuku dalam hati. Segala yang sudah lapuk dan dilupakan pun boleh terungkit kembali, apabila marah dan ego menguasai diri. Tidak akan ada pihak yang mau mengalah. Masing2 memang akan benar, yang pandai berkata2, yang menang dan yang sewaktu dengannya....

Ada orang yang lebih suka diam, ada orang yang lebih suka membalas kata2 yang diucapkan dan ada jugak yang langsung tak ambil peduli apa orang cakap (ada dalam dunia dia sendiri). Huhay....

Tidak ada manusia dalam dunia ini yang sempurna. Tetapi kita semua tetap mempunyai pilihan. Kita boleh pilih untuk mengurangkan kadar kejengkelan dalam hubungan sesama manusia supaya kita dapat meneruskan hidup dalam keadaan harmoni. Kalau tak mau jugak, cuba fikir apa bezanya MANUSIA dan KERA.

Peace!!

Friday, 12 June 2015

Best jadi 'Hakim Free'??

Kenapa ramai sangat yang suka jadi 'Hakim' free ya..kadang naik muak juga bila ada orang yang suka sangat menghakimi orang..seolah-olah mereka tak pernah silap, tak pernah susah, tak pernah ada masalah...

Eh tak faham..bila kita yang buat silap, maka macam-macam hukuman yang kita terima..macam-macam teguran, penghinaan. Ada kalanya maki hamun yang kita terima. Ego la, sombong la, bodoh la..aduh...

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Dan apabila ada 'Hakim'..maka akan ada jugak si polan yang menokok tambah skrip sehingga menjadi sebuah drama yang mantap!! perghh..

Jangan teman, jangan saudara...

Jangan diruntuhkan ukhuwah yang sedia ada dek kerana keseronokkan anda menjadi 'Hakim Free'...

Peace!!